Monday 12 December 2011

Teknik Menjawab UPSR

Latihan Tahun 4 ( Sistem Suria )

Bahagian B

Sains Tahun 4 ( Sistem suria )

Ahli-ahli dalam sistem suria

a) Matahari- terletak ditengah Sistem suria
                  - memberi cahaya dan haba

b) Planet - bergerak mengelilingi Matahari
              - Utarid, Zuhrah, Uranus , Neptun dan Pluto

c) Asteroid - terdiri daripada logam dan batuan
                  - diantara planet Marikh dan Musytari

d) Satelit semulajadi - semua planet mempunyai satelit semulajadi
                               - Bumi ( bulan)
e) Komet - gas beku dan habuk.

f) Meteor- Meteroid adalah batuan yang terapung di angkasa lepas


                                          - Rajah Sistem suria.

                                          
                                         Saiz Planet dalam Sitem Suria

Latihan Tahun 5 ( Penyebaran Biji Benih )

Tahun 5 ( Kemandirian spesis )

Tajuk : Kemandirian spesis


Tumbuhan membiak untuk memastikan kemandirian spesisnya

Sekiranya tidak membiak, maka tumbuhan akan pupus.

Tumbuhan melalui pelbagai cara dan mempunyai cara tersendiri bagi memastikan kemandirian spesisnya. Lihat contoh video dibawah.





Latihan tahun 3 ( Penyerapan )

Amali Tahun 3 ( Penyerapan )

Rancangan Penyiasatan  :




Keputusan penyiasatan :
Tandakan ( √ )  dalam ruangan yang disediakan.

Jenis Bahan
Ramalan Saya
Pemerhatian Saya
Kebolehan menyerap air
Kebolehan menyerap air
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Tuala




Duit syiling




Sabut kelapa




Batu kelikir




Beg plastik




Tisu muka





1.    Apakah yang kita siasat?

2.    Apa yang perlu dikekalkan?

3.    Apakah yang diubah?

4.       Apakah yang diperhati?


Tahun 3 ( Penyerapan )

TAHUN                                              :           3
BIDANG                                            :           SAINS FIZIKAL
TAJUK                                              :           PENYERAPAN

Mengenalpasti bahan yang boleh menyerap air.

  • Sesetengah bahan boleh menyerap air
  • bahan yang menyerap air disebut bahan penyerap. Contohnya :




  • Bahan bukan penyerap disebut bahan bukan penyerap.  Contohnya:






  • Sesetengah bahan boleh menyerap air lebih daripada yang lain. Contohnya, sekeping span boleh menyerap lebih banyak air daripada sekeping tisu


Latihan tahun 3



Sunday 11 December 2011

Tahun 3 ( Ciri-ciri tumbuhan )

Tajuk: Tumbuhan
Memahami ciri tumbuhan
Mengenalpasti ciri tumbuhan iaitu:   Daun:  jenis urat daun


Daun Terbahagi kepada dua jenis 
iaitu

A) Berdaun Urat  Selari


B) Berdaun Urat Jejala







                          
 















Sejarah Pusat Sains Negara

Mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat.
Segalanya bermula dengan satu impian dan satu wawasan.
Konsep penubuhan sebuah Pusat Sains Negara (PSN) telah diilhamkan pada awal tahun 1980an. Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) memainkan peranan penting dalam usaha mengkonsepsikan penubuhan sebuah Pusat Sains Negara, yang mana objektif cadangan pembinaannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman Sains dan Teknologi di kalangan rakyat Malaysia. Memandangkan penubuhan sebuah Pusat Sains dengan segala keperluan merupakan satu cabaran yang memerlukan penyelidikan dan perancangan yang rapi, maka dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Sains sementara sebagai satu langkah interim. Bagi tujuan tersebut, sebuah rumah kerajaan di alamat JKR 641, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur telah diubahsuai. Pada 5 April 1986, Pusat Sains sementara telah dibuka secara rasmi oleh YB Datuk Amar Stephen Yong merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu. Sejak penubuhannya, Pusat Sains sementara telah menambah koleksi bahan pameran, yang sebahagian besarnya adalah daripada suatu pameran bergerak.
Impian mula menjadi kenyataaan pada tahun 1990 apabila projek Pusat Sains Negara telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-5 untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6. Kerja pembinaan bangunan dan insfrastruktur asas bermula pada November 1991. Pada 27 Februari 1992, Encik Abdul Ghafar Baba selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah merasmikan tapak projek Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kerja pembinaan diteruskan dan siap pada November 1993. Projek pembinaan akuarium terowong pula bermula pada September 1993 dan siap sepenuhnya pada Ogos 1994. Rekabentuk bangunan Pusat Sains Negara yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Rekabentuk ini merupakan bukti daya kreatif dan inovatif Jabatan Kerja Raya yang juga merupakan agensi pelaksanaannya.
Pusat ini dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Bersepadu (IBMS) dan mempunyai dua aras ruang galeri pameran dengan keluasan 6,717.6meter persegi. Di Pusat ini terdapat sebuah perpustakaan multimedia, sebuah makmal sains, tiga buah bengkel, dua auditorium dan sebuah dewan serbaguna. Kawasan persekitaran Pusat Sains bertemakan lanskap pendidikan dan ciri utama lanskap adalah kolam ekologi, taman herba dan taman permainan kanak-kanak. Bahan pameran yang terdapat di lanskap Pusat Sains Negara bertumpu kepada sains fizikal dan biologikal serta saling melengkapi bahan pameran yang terdapat di galeri pameran.
Serentak dengan proses pembinaan bangunan, bahan pameran sains beriteraktif telah direkabentuk oleh pakar tempatan dan luar negeri. Kerja fabrikasi bahan pameran bagi Aras 1 bermula pada Ogos 1994 dan siap pada Mei 1995, manakala kerja fabrikasi bahan pameran Aras 2 pula bermula pada Oktober 1995 dan siap pada September 1996. Bagi memastikan bahan pameran sentiasa selaras dengan kemajuan Sains dan Teknologi, Pusat ini bercadang untuk menaikkan taraf bahan pameran yang sedia ada secara berterusan supaya pengalaman para pengunjung sentiasa bertambah.
Selepas satu dekad beroperasi, Pusat Sains sementara telah ditutup secara rasmi pada 15 April 1996.
Hari ini, impian kita menjadi kenyataan.
Pusat Sains Negara telah dirasmikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 29 November 1996, di mana terdapat pelbagai bahan pameran yang direka khas bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan pelawat untuk menaruh minat yang tinggi di dalam bidang sains dan teknologi. Bahan pameran telah dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi, yang terletak di galeri-galeri tertentu berdasarkan tema yang tersendiri. Secara keseluruhan konsep yang ingin diketengahkan oleh Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama, serta untuk mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan aplikasinya di dalam aktiviti harian.